MyFitnessPal Ticker

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Showing posts with label cantik. Show all posts
Showing posts with label cantik. Show all posts

Wednesday, May 02, 2012

Dari So-So To Hello Miss Gorgeous.... Tetapkan Matlamat

Salam...


Dari so-so to hello miss gorgeous... apa tu??? So-So tu maksudnya gamba sebelah kiri - iaitu S.A.Y.A ( tidak bermaksud untuk menghina mana-mana org yg berbadan comel) kepada Hello Miss Gorgeous - gamba sebelah kanan..


saya selesa dengan keadaan saya sekarang... percaya x?? saya tipu sebenarnya.. sudah tiba masanya saya berubah.. bkn nakkan pujian tapi nakkan kualiti hidup dengan tahap kesihatan yang lebih maksimum... dengan berat badan yang berlebihan, saya bukan sahaja membahayakan diri dengan memudahkan diri mendapat penyakit malah saya mengundang masalah psikologi kepada diri sendiri...


cakap senang je kan?? nak buat cam mana plak??


sebelum tu, sesuatu perubahan perlu ada matlamat.. bagaimana memilih matlamat yang betul?? jom kita buat matlamat ikut cara SMART..


S - Specific
matlamat haruslah jelas dan nyata... cth : saya nak tingkatkan stamina dan kurangkan berat badan 20kg sebelum disember...

M - Measureable
boleh di ukur.. dgn pembaris ke?? cth : saya nak turunkan berat badan 2-3kg sebulan


A - Achievable 
matlamat haruslah boleh dicapai...cth : boleh kurangkan 2-3kg sebulan..


R - Realistic 
matlamat jangan la melampau sgt... cth : saya akan kurangkan berat badan 20kg dlm masa 2 bln...seriously??


T - Timely
mesti ada time frame... cth : kurangkan 2-3kg dlm sebulan...


tetapkan matlamat senang je, tp nak follow??? 


tuliskan matlamat SMART di atas pada sekeping kertas... lekatkan pada dinding/ sudut yang anda akan sentiasa nampak dan baca.... tuliskan juga pada sekeping kertas kecil dan letak dalam dompet... dan boleh juga lekat pada loker di tempat keje/kolej...


saya dah ada matlamat..anda pula bagaimana??