MyFitnessPal Ticker

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Wednesday, May 02, 2012

Dari So-So To Hello Miss Gorgeous.... Tetapkan Matlamat

Salam...


Dari so-so to hello miss gorgeous... apa tu??? So-So tu maksudnya gamba sebelah kiri - iaitu S.A.Y.A ( tidak bermaksud untuk menghina mana-mana org yg berbadan comel) kepada Hello Miss Gorgeous - gamba sebelah kanan..


saya selesa dengan keadaan saya sekarang... percaya x?? saya tipu sebenarnya.. sudah tiba masanya saya berubah.. bkn nakkan pujian tapi nakkan kualiti hidup dengan tahap kesihatan yang lebih maksimum... dengan berat badan yang berlebihan, saya bukan sahaja membahayakan diri dengan memudahkan diri mendapat penyakit malah saya mengundang masalah psikologi kepada diri sendiri...


cakap senang je kan?? nak buat cam mana plak??


sebelum tu, sesuatu perubahan perlu ada matlamat.. bagaimana memilih matlamat yang betul?? jom kita buat matlamat ikut cara SMART..


S - Specific
matlamat haruslah jelas dan nyata... cth : saya nak tingkatkan stamina dan kurangkan berat badan 20kg sebelum disember...

M - Measureable
boleh di ukur.. dgn pembaris ke?? cth : saya nak turunkan berat badan 2-3kg sebulan


A - Achievable 
matlamat haruslah boleh dicapai...cth : boleh kurangkan 2-3kg sebulan..


R - Realistic 
matlamat jangan la melampau sgt... cth : saya akan kurangkan berat badan 20kg dlm masa 2 bln...seriously??


T - Timely
mesti ada time frame... cth : kurangkan 2-3kg dlm sebulan...


tetapkan matlamat senang je, tp nak follow??? 


tuliskan matlamat SMART di atas pada sekeping kertas... lekatkan pada dinding/ sudut yang anda akan sentiasa nampak dan baca.... tuliskan juga pada sekeping kertas kecil dan letak dalam dompet... dan boleh juga lekat pada loker di tempat keje/kolej...


saya dah ada matlamat..anda pula bagaimana??

Tuesday, May 01, 2012

Saya, Diet & Kurus



Salam,

ari ni nak bercakap pasal diet & kurus.. tp saya bukan org yg pro berkaitan 2 perkara ni.. cuma berkongsi pengalaman sahaja...

serba sedikit mengenai diri saya;

umo : 27 tahun
tinggi : 165cm
berat : 83.5kg

saya seorang yang obese..ok O.B.E.S.E...macam mana blh jd obese?? berat saya naik mendadak sebanyak 15kg dlm masa 8 bln..masa tu kat kolej, sukan dah x join..yg saya join hanyalah majlis makan2 bersama kwn2 shj..lol...

bekerja di hospital, setiap bln kene ambil timbangan berat badan dan dimasukkan dalam catatan jabatan.. kemungkinan markah tahunan akan dipotong jika berat berterusan naik... tp Alhamdulillah, berat 85kg telah setia bersama saya selama 2 tahun... x pernah kurang walaupun sebulan berpuasa... juga x pernah naik lbh dr 86kg...

cuma dengan masa yang terus beredar, umur yang semakin meningkat ia bukan lg sesuatu yang boleh di ambil ringan.. badan mula terasa penat, penyakit mungkin akan mula timbul... segalanya mungkin... saya bkn nak kurus tp saya cuma nak tingkatkan stamina sahaja.. kurus hanyalah satu bonus...

cakap senang je kan??bila nak start??

1st entry

Salam,

terima kasih sebab sudi singgah kat blog baru ni.. hope info yg di paparkan di sini boleh dikongsi bersama..sebarang pandangan, jgn malu2 untuk diajukan.. terima kasih..